Keutamaan & Hikmah Ibadat Haji
Keutamaan & Hikmah Ibadat Haji
AUTHOR : Imam Al-Ghazali
PJ-Ref.:
Setiap ibadat tidak kosong dari kebaikan dan hikmah yang dikandunginya. Hanya Allah S.W.T. yang lebih mengetahui rahsia di sebalik amalan tersebut. Ibadat haji mengandungi hikmah yang banyak bertolak dari aspek pengorbanan yang telah dilakukan oleh kekasih Allah, Nabi Ibrahim a.s., Tanah Suci Makkah dan Madinah mempunyai keutamaan berbanding dengan tempat-tempat lain di alam ini. Bayangkanlah melihat Baitullah sahaja adalah suatu ibadah, dan kebajikan-kebajikan serta amalan-amalan yang dilakukan di sana dilipat gandakan pahalanya. Bermula di Masjidil Haram tempat terbina Ka'bah, rumah(baitullah) Allah yang mulia, Hajarul Aswad, Makam Ibrahim Telaga Zam-zam, Safa dan Marwah, Mina dan lain-lain mengundang rasa rindu dan asyik untuk ke sana. Alangkah!!! Ya Allah. Labaikallahuma Labaik!. Kami datang Ya Allah, menyahut seruanMU! Setelah Makkah tiada tempat yang lebih utama dari kota Rasulullah s.a.w., Madinatul Munawwarah. Mengerjakan amalan di sini juga, digandakan ganjarannya. Bumi yang mulia yang menampung jasad mulia Rasulullah s.a.w. Asalamu'alaika ya Rasulullah. Kesejahteraan ke atas mu ya Rasulullah s.a.w. marilah kita ke sana, masa jangan dibuang, entahkan esok entahkan lusa kita kembali pada Allah, tapi belum sempat lagi ke tanah suci sedangkan keperluan dan kemampuan mencukupi.
Share
Shipping
Shipping
Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.
Return / Refunds
Return / Refunds
We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.
If you encounter any issues with your item, please contact us.
For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.
Subscribe to our emails
Join our email list for exclusive offers and the latest news.