Skip to product information
1 of 1

Khalid Al Walid -Pedang Allah Di muka Bumi

Khalid Al Walid -Pedang Allah Di muka Bumi

AUTHOR : Siti Zubaidah

PJ-Ref.:

Regular price RM8.50 MYR
Regular price Sale price RM8.50 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Sukar untuk seseorang mengenal watak para Sahabat Rasulullah SAW, lebig-lebih lagi kita sekarang berada jauh lebih 1400 tahun daripada zaman mereka.Namun, setiap para sahabat ada ciri-ciri kesolehan pada dirinya seperti warak, pemaaf, sangat kuat tawadhuk, berani gigih, berpengaruh dan sebagainya.
Peribadinya terbilang hebat dan hampir tidak kelihatan cacat celanya walaupun tidak maksum seperti nabi dan rasul. Beraninya menonjol kerana memperjuangkan agama bersama Rasulullah.Bermati-matian, gigih, tahan uji dan telah teruji untuk mendaulatkan agama Allah sehingga sampai ke Nusantara. Sifat-sifat ini jelas tertonjol pada majoriti para sahabat Rasulullah SAW.Sebenarnya, banyak lagi sahabat Rasulullah yang terkenal, cuma buku hanya memaparkan kisah Sayidina Khalid Ibnu Walid atau lebih dikenali sebagai Pedang Allah.
Beliau telah menjadi panglima perang yang terkenal dalam sejarah Islam.Seorang jeneral atau panglima pada zaman moden ini, cukup hanya menggunakan akal fikiran untuk mencatur dan memberi arahan sahaja. Tidak terjun di medan pertempuran. Tetapi seorang jeneral atau panglima perang zaman dahulu mesti terjun bertempur di tengah medan yang menentukan hidup atau mati. Selain dia mesti menggunakan kekuatan akal fikiran, dia juga harus mempergunakan sepenuhnya kekuatan jiwa, semangat dan kekuatan fizikal yang luarbiasa.
Inilah yang ada pada Sayidina Khalid Inbu Walid sehingga digelar oleh Rasulullah, Saifullah:Pedang Allah.Ini terbukti di dalam buku ini untuk tatapan kita bersama.

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details