Skip to product information
1 of 1

Mukhtasar Sahih Muslim ( H/C )

Mukhtasar Sahih Muslim ( H/C )

AUTHOR : Dr Musthafa Bugha

PJ-Ref.:

Regular price RM100.00 MYR
Regular price Sale price RM100.00 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Umat Islam tidak boleh terlepas dari mempelajari ilmu-ilmu hadith. Khusus hadith-hadith yang telah diketahui kesahihannya.
Mukhtasar Sahih Muslim adalah ringkasan kitab al-Jami’ al-Sahih karya Abu al-Husin bin al-Hajjaj bin Muslim bin al-Warid al-Nisaburi (Imam Muslim).
Al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa para ulama seluruhnya telah bersepakat bahawa Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Imam Muslim adalah dua kitab yang paling sahih selepas Al-Quran Al-Karim berbanding dengan kitab-kitab hadith yang lain.
Kaedah penyusunan penulisan kitab Shahih Muslim diakui oleh ramai ulama sebagai kaedah penyusunan yang lebih baik.
Pertama beliau menempatkan hadith-hadith yang semakna beserta sanadnya dalam satu kelompok tertentu.
Kedua beliau menghimpun sanad yang muttafaqun alaihi (disepakat oleh ulama) dan yang tidak dengan metode takwil (berpindahnya jalur rawi) dengan menggunakan lambang huruf ha.
Ketiga, beliau lebih banyak mengutip hadith-hadith riwayat bi al-lafzhi. Ini merupakan satu kelebihan berbanding hadith-hadith riwayat Imam al-Bukhari.
Keempat, beliau sangat memperhatikan matan hadith. Jika ada dua rawi yang menyampaikan hadith, maka beliau menyebutkan lafaz dari perawi tertentu. Atau juga bila ada ziyadah (tambah lafaz) maka beliau juga menyebutkannya.

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details