Mutiara Fiqh Imam Hanafi (Bersuci Dan Solat)
Mutiara Fiqh Imam Hanafi (Bersuci Dan Solat)
AUTHOR : Mohd Faez Bin Mohd Shah Al- Hashimi
PJ-Ref.:
Sesiapa yang ingin memiliki ilmu seluas lautan dalam bidang fiqh, maka hendaklah dia mempelajarinya dari Abu Hanifah - Imam al Syafi'ie.
Imam Abu Hanifah seorang yang sangat faqih semasa dizamannya - Sufyan al Thauri dan Idn al Mubarak.
Imam Abu Hanifah merupakan seorang ulama agung yang tersenarai di kalangan empat ulama muktabar, beliau juga turut menjadi pengasas kepada mazhab Hanafi.Belau terkenal sebagai seorang ulamak yang banyak melakukan ijtihad berasaskan metode al Ra'y disebabkan oleh sikap berhati-hati beliau dalam menerima nas-nas yang diragui kedudukannya. Tindakan beliau bertujuan bagi memelihara nas-nas tersebut daripada berlakunya penyelewengan dan seterusnya bagi menggelakkan daripada mengemukakan hukum yang tidak bertepatan dengan syariat Islam.
Mutiara Fiqh Imam Hanafi merupakan karya yang menghimpunkan fiqh mazhab Imam Abu Hanifah dan pandangan ulama-ulama al Hanafiyah dalam hukum-hukum fiqh Islam. Dalam siri ini, fiqh Imam Hanafi memfokuskan perbincangan mengenai persoalan yang berkaitan dengan hukum bersuci dan solat melalui konsep dan pelaksanaannya. Justeru itu, dalam mengemukakan pandangan fiqh Imam Hanafi, dimuatkan bersama dalil dan hujah yang menjadi asas pegangan bagi setiap hukum yang diputuskan. Di samping itu, diselitkan juga beberapa pandangan Imam Hanafi yang disepakati bersama oleh para fuqaha yang lain dalam isu hukum yang tertentu.
Share
Shipping
Shipping
Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.
Return / Refunds
Return / Refunds
We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.
If you encounter any issues with your item, please contact us.
For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.
Subscribe to our emails
Join our email list for exclusive offers and the latest news.