Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu (sm)
Panduan Lengkap Sembahyang Fardhu (sm)
AUTHOR : Mohd. Uzair Taufik
PJ-Ref.:
SEMBAHYANG fardhu dikatakan sebagai tiang agama. Justeru itu, amalan ini tidak boleh dipandang ringan oleh setiap Muslim. Mereka harus mengamalkan ibadah ini dengan betul lagi tepat, agar ibadah ini diterima oleh Allah S.W.T. dan tidak menjadi sesuatu amalan yang sia-sia.
Kerana menyedari kepentingan inilah, maka buku ini disusun. Ia mengandungi bimbingan dan panduan lengkap untuk mendirikan segala jenis sembahyang yang berbentuk fardhu. Jenis-jenis sembahyang yang diterangkan di dalam buku ini ialah :
Sembahyang lima waktu.
Sembahyang untuk orang yang uzur.
Sembahyang berjemaah.
Sembahyang qasar/ jamak.
Sembahyang jenazah (fardhu kifayah).
Ia juga menerangkan cara-cara yang betul untuk mengambil wuduk dan bagaimana dan bila tayammum boleh dilakukan. Dalam erti kata yang lain, seorang Muslim boleh berpandu kepada buku ini sahaja bagi mengelakkan dia daripada menanggung dosa tidak menunaikan sembahyang fardhu apa jua keadaan dan ketika. Bahasa yang digunakan adalah mudah, disertai pula dengan ilustrasi yang jelas, iaitu untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Share
Shipping
Shipping
Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.
Return / Refunds
Return / Refunds
We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.
If you encounter any issues with your item, please contact us.
For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.
Subscribe to our emails
Join our email list for exclusive offers and the latest news.