Panduan Rumahtangga Islam
Panduan Rumahtangga Islam
AUTHOR : Mohd. Abdul Qadir
PJ-Ref.:
Setiap pasangan pengantin yang baru menempuh alam rumahtangga pasti mengharapkan rumahtangga yang baru dibina itu aman dan bahagia. Hidup sentiasa disirami embun kasih sayang dan penuh rukun serta harmoni. Di samping itu, mereka juga mengharapkan agar nanti dikurniakan cahaya mata yang mana akan menambah seri lagi alam rumahtangga mereka.
Membina rumahtangga bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak pula boleh dipermudah-mudahkan. Setiap pasangan yang bersetuju untuk membina rumahtangga seharusnya terlebih dahulu mengetahui dan memahami erti 'rumahtangga' yang bakal dibina itu. Membina rumahtangga bererti sanggup memikul segala tanggungjawab dan amanah kerana rumahtangga itu sendiri bermaksud kewajipan yang terletak di bahu suami-isteri.
Pengabaian terhadap tanggungjawab yang diamanahkan itu merupakan satu dosa yang amat besar di sisi Allah. Allah akan sentiasa memerhatikan segala perlakuan suami isteri tersebut agar mereka tidak mengingkari janji-janji mereka. Janji yang mereka lafazkan sewaktu mereka diijab kabulkan. Dan janji itulah yang akan menjadi saksi terhadap segala perbuatan mereka selama mana mereka masih menjadi pasangan suami atau pun telah berpisah.
Untuk itu haruslah direnungkan betul-betul akan segala kewajipan suami isteri dan haruslah juga dilaksanakan dengan sebenar-benar pelaksanaan.
Share
Shipping
Shipping
Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.
Return / Refunds
Return / Refunds
We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.
If you encounter any issues with your item, please contact us.
For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.
Subscribe to our emails
Join our email list for exclusive offers and the latest news.