Perjalanan Hakiki Setiap Insan Jilid 4 -Kehidupan Di Alam Barzakh
Perjalanan Hakiki Setiap Insan Jilid 4 -Kehidupan Di Alam Barzakh
AUTHOR : Supriadi Jaddari
PJ-Ref.:
Kematian setiap yang bernyawa adalah suatu hakikat yang pasti. Ianya merupakan persimpangan dan perpindahan seseorang insan dari alam dunia ke alam barzakh sebelum ke alam akhirat. Kematian melibatkan persoalan roh.Sesungguhnya perihal roh, kematian dan hidup selepas mati adalah persoalan yang telah lama bersarang dalam sanubari manusia. Ahli pemikir tersohor sepanjang zaman turut memberikan pendapat mereka berkenaan hal ini yang berbeza dan pelbagai.
Berpandukan wahyu Allah dan petunjuk Rasul, buku ini mengungkapkan perihal kehidupan di alam barzakh. Kehidupan di alam ghaib ini mempunyai hubung kait dengan keadaan seseorang insan itu ketika hidup di dunia dan orang-orang yang masih hidup dan mempunyai pertalian dengannya.
Buku ini juga menceritakan perihal beberapa agama di dunia serta kelebihan agama Islam. Perbincangan dilanjutkan dengan menghuraikan tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar hari kiamat.
Sesungguhnya perkara-perkara ghaib seperti ini adalah sebahagian daripada iman untuk kita mempercayainya. Kita tidak mampu untuk memikir dan membayangkan hakikat sebenar perkara tersebut melainkan melalui petunjuk daripada Allah swt. Dialah sumber tunggal yang maha mengetahui hakikat setiap perkara.Apa yang telah Dia salurkan kepada kita melalui rasulnya,hanyalah sekelumit pedoman untuk santapan minda penguat keimanan.
Share
Shipping
Shipping
Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.
Return / Refunds
Return / Refunds
We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.
If you encounter any issues with your item, please contact us.
For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.
Subscribe to our emails
Join our email list for exclusive offers and the latest news.