Skip to product information
1 of 1

Perjuangan Al-Ghazali

Perjuangan Al-Ghazali

AUTHOR : Salih Ahmad

Regular price RM20.90 MYR
Regular price Sale price RM20.90 MYR
Sale Sold out
Shipping calculated at checkout.

Al-Imam al-Ghazali adalah merupakan tokoh ulama' yang tidak asing lagi kepada umat Islam di seluruh dunia. Di mana sahaja kita pergi, nama beliau menjadi sebut-sebutan umat, walaupun pendirian umat Islam sendiri terhadap beliau berbeza-beza. Beliau adalah seorang tokoh mujaddid dan pejuang kebenaran yang tidak pernah merasa penat dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan tanpa mengira dari siapa ianya datang.
Kepekaan beliau kepada masalah dan isu umat Islam tidak dapat dipisahkan dari kehidupannya.Kerana itu beliau tidak pernah segan untuk menyinsing lengan bajunya bagi membetulkan mana-mana kesalahan yang dilakukan di kalangan umat Islam baik yang menyentuh dalam masalah social, politik mahupun ekonomi.
Al-Ghazali adalah gambaran hidup seorang ulama' yang tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang beliau perolehi dalam sesuatu bidang, sebaliknya beliau meneroka ke dalam bidang-bidang yang lain yang diperlukan bagi menghadapi keperluan umat di zaman itu. Beliau juga merupakan seorang tokoh yang berjaya menyerang dan menghapuskan kebatilan ajaran yang menyeleweng dari Islam dengan menggunakan senjata yang dimiliki oleh pelopor ajaran yang menyeleweng itu sendiri. Buku ini cukup baik untuk tatapan para pembaca budiman, khususya kepada para pecinta kebenaran dan berhasrat ingin melihat para ulama' mengikuti jejak langkah al-ghazali dalam menghadapi isu-isu baru yang muncul di alaf baru ini

Shipping

Please allow 7 working days for items to be delivered. Your items may be delivered earlier.

Return / Refunds

We do not accept any exchange or return of goods sold. All goods are checked for defects before being mailed out.

If you encounter any issues with your item, please contact us.

For books with misprints or defects, please send us a picture of the book. We will send a replacement book.

View full details