Perniagaan Jahabersa
Terjemahan Kifayah Al - Akhyar : Fiqh Al - Imam Al - Syafi'e
Terjemahan Kifayah Al - Akhyar : Fiqh Al - Imam Al - Syafi'e
Couldn't load pickup availability
Synopsis :
Kitab Kifayah al-akhyar merupakan sebuah kitab fiqh yang cukup terkenal dalam mazhab al-Syafi'i. Ia disusun oleh Syeikh al-Imam Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad al-Husaini al-Hishni al-Dimasyqi al-Syafi'i. Seorang ulama mazhab al-Syafi'i yang lahir sekitar abad ke 9 Hijrah.
Nama penuh kitab ini ialah Kifayah al-Akhyar fi Hilli Ghayah al-Ikhtisar. Biasanya ia disebut dengan Kifayatul Akhyar sahaja. Ia merupakan syarah atau huraian kepada Kitab Ghayah al-Taqrib atau terkenal sebagai Matn Abu Syuja'. Iaitu kitab yang ringkas, yang disusun oelh al-Qadhi Abu Syuja' Ahmad bin al-Hassan bin Ahmad al-Ashbahani (434-500H).
Kitab Kifayah al-Akhyar ini adalah kitab fiqh yang cukup ringkas namun sangat detil dalam menerangkan hukum-hukum fiqh seperti bersuci, shalat, puasa, zakat, haji, wasiat, waris, perkawinan dan sebagainya. Di dalamnya juga dilengkapi dengan dalil-dalil yang menjadi kasar hukum dari tajuk pembahasan tersebut.
Share
